Sunday, March 20, 2011

Site Visit ke Terengganu

Pada 14/3/2011,lawatan sambil belajar pelajar ukur bahan Kolej Shahputra bersama-sama  pelajar ukur bahan UTM KL ke Terengganu untuk melawat Stesen Janaelektrik Sultan Ismail (TNB) di Paka dan juga  Loji Kumbahan Kuala Berang.Seramai 20 pelajar Kolej Shahputra dan 27 pelajar UTM KL turut ditemani dua orang pensyarah Kolej Shahputra dan juga seorang  pensyarah UTM KL menyertai lawatan ini.Lawatan ini adalah bertujuan untuk mempelajari dengan lebih terperinci sistem yang digunakan dimana iainya tajuk yang dipelajari dalam subjek Building Services 2.Stesen Janaelektrik Sultan Ismail ini adalah salah satu stesen janaelektrik yang terbesar di Malaysia.

Perjalanan lawatan ini bermula pada pukul 5.30 pagi bertolak ke destinasi yang dituju.Pada pukul 8.30 pagi  tiba di Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka.Pihak TNB telah menyambut kedatangan pelajar Kolej Shahputra dan juga pelajar UTM KL.Sepanjang lawatan dijalankan,pihak TNB telah menerangkan dan menunjukkan kepada pelajar dengan lebih dekat tentang Sistem Janakuasa yang dijalankan di stesen janaelektrik tersebut.Lawatan diteruskan dengan menuju ke Loji Kumbahan Kuala Berang.Tepat pada pukul 2.30 ptg tiba di tapak lawatan.Pihak Indah Water juga turut memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang operasi sistem loji kumbahan di situ.Sejurus habis lawatan di loji kumbahan,kumpulan UTM KL dan Kolej Shahputra berpecah mengikut tentatif masing-masing.

Serba sedikit gambar yang diambil semasa lawatan dijalankan:

Stesen Janaelektrik Sultan Ismail,Paka



Pelajar Ukur Bahan Kolej Shahputra

Pelajar Ukur Bahan UTM KL

Loji Kumbahan Kuala Berang







Sepetang bersama UTM KL

Pada 13/3/2011 bersamaan hari ahad yang lepas,Kelab Questra telah menyambut kedatangan pelajar ukur bahan daripada UTM KL yang membuat kunjungan ke kuantan.Aktiviti ini berlansung daripada pukul 2 petang sehingga 7 petang.Sempena kedatangan pelajar UTM KL ini,kami warga QUESTRA telah menyediakan jamuan barbeku untuk meraka.Selain daripada itu,berbagai lagi aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut seperti pertandingan membina istana pasir, pertandingan memecahkan belon dan pertandingan musical chair


Pada aktiviti ini juga pelajar kelas 4b juga turut membantu untuk menjayakan aktiviti ini.Seramai 27 orang pelajar UTM KL bersama pensyarahnya telah hadir dan jumlah pelajar shahputra bersama pensyarah adalah seramai 32 orang.Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar shahputra dan pelajar-pelajar ukur bahan UTM KL di samping berkenalan dengan mereka.

Senarai pemenang untuk aktiviti yang dijalankan ialah:

1.1 Pertandingan Membina istana Pasir: UTM KL
1.2 Pertandingan Memecahkan belon:
  1.  Aiman(UTM) dan Ubai(KSP)
  2. Hanafi(KSP) dan Mokhtar(UTM)
  3. Rozita(KSP) dan Syakila(UTM)
1.3Pertandingan Musical Chair
  1. Pemenang pelajar perempuan: Liza(KSP)
  2. Pemenang  pelajar lelaki          : Faiz(UTM)

Ini adalah sebahagian gambar yang telah diambil semasa aktiviti dijalankan:

Para Pensyarah

Pelajar UTM KL

Pertandingan Membina Istana Pasir

Pertandingan Pecah Belon
Musical Chair

Cenderahati oleh pelajar UTM KL
All Together!





Syabas kepada mereka yang telah bekerjasama untuk menjayakan aktiviti ini dan juga berterima kasih kepada warga UTM KL yang sudi menghadirkan diri.Hope to see again soon!!