Pada 22 April 2011 Questra telah menjalankan Program Mahasiswa Bermasyarakat yang berlansung di Kampung Anak Ayer, Tanjung Lumpur. Tujuan program ini adalah untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan juga sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.Seramai 60 orang pelajar ukur bahan yang terdiri daripada semester 3,4 dan 5 termasuk juga Ajk Questra beserta semua pensyarah-pensyarah program ukur bahan sendiri telah menyertai program ini.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa berlangsungnya program ini ialah bergotong royong membersihkan kawasan rumah, membaiki rumah dan mengecat rumah. Antara penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan untuk program ini ialah CIDB Malaysia, JKM, GIANT, LKPP, SHELL, PETRONAS dan juga pihak NADWAH. Sumbangan yang diberikan oleh semua pihak ini adalah berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian,perabot dan juga keperluan untuk membaiki rumah.
Gambar semasa program dijalankan:
 |
| Kerja-kerja Membaiki rumah |
 |
| Kerja-Kerja Mengecat Rumah |
 |
| Kerja-Kerja Mengemas Rumah |
 |
| Kerja Memasang Tikar Getah |
 |
| Pihak CIDB yang datang melawat |
 |
| Gambar bersama pihak JKM,JPM, LKPP,pensyarah dan pelajar |
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai program ini kerana sedikit sebanyak kita telah membantu mereka yang kurang bernasib baik. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak penaja yang telah memberikan sumbangan kepada kami untuk membantu menjayakan program ini dan tidak lupa kepada para pensyarah yang turut membantu.Semoga amalan yang kita lakukan ini diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t..Amin....
WEEL DONE JOB GUYSS!!