Friday, April 15, 2011

Lawatan ke Konvensyen IBS Malaysia

Pada 7/04/2011, lawatan sambil belajar pelajar Ukur Bahan Universiti Kolej Shahputra ke Konvensyen IBS Malaysia di Kuala Lumpur bertempat di CIDB. Konvensyen IBS ini hanya diadakan sekali dalam masa 2  tahun sahaja. Seramai 31 pelajar diiringi bersama-sama pensyarah telah menyertai lawatan ini. Pelajar yang menyertai lawatan ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Teknologi Binaan 3 dimana sistem IBS ini termasuk di dalam silibus matapelajaran.Tujuan lawatan juga adalah supaya para pelajar dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang sistem IBS ini serta melihat dengan sendiri produk atau struktur-sturktur yang digunakan di dalam sistem IBS ini.Apakah sebenarnya sistem IBS??

Serba sedikit informasi tentang IBS.IBS atau dikenali sebagai Sistem Binaan Berindustri juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap yang mana komponen-komponen binaan dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal dan dihantar ke tapak bina untuk dipasang menjadi struktur dengan tenaga kerja yang minimum. Sistem ini telah digunapakai dalam industri pembinaan di negara-negara maju.Terdapat 5 jenis IBS yang biasa digunakan di Malaysia iaitu:
  • Sistem Kerangka Keluli (Steel Frame System)
  • Sistem Kerangka Kayu (Timber Frame System)
  • Sistem Blok (Block Work System)
  • Sistem Konkrit Pra-Tuang (Precast Concrete System)
  • Sistem Acuan (Formwork System)

Gambar semasa lawatan dijalankan:


IBS centre di CIDB Kuala Lumpur

Steel Formwork 

Precast Concrete



Block Work System

Model Formwork System

Pelajar ukur bahan  bersama pensyarah





No comments:

Post a Comment