Program Hi-tea ini telah diadakan pada 19/05/2011 di Hotel Swiss Garden, Balok.Program ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar semester 2 yang diketuai oleh Anas dan dibantu oleh pensyarah.Ini adalah program terakhir sebelum menduduki peperiksaan akhir pada akhir bln ini.Tahniah untuk Anas and his team yang telah menganjurkan aktiviti seperti untuk pelajar-pelajar ukur bahan shahputra.Program ini sedikit sebanyak telah merapatkan lagi hubungan di antara pelajar dan juga hubungan pelajar bersama-sama dengan pensyarah.Semasa program ini berjalan terdapat beberapa permainan dan persembahan untuk pelajar dan pensyarah telah diadakan seperti cabutan bertuah,menjawab teka teki,persembahan oleh pelajar semester 2 dan lain-lain.Serba sedikit gambar semasa program berlansung :
| Hi-Tea Questra |
| Sebahagian pelajar yang hadir memeriahkan program |
| Persembahan oleh pelajar semester 2 |
| Meja yang memenangi hamper paling banyak..=P |
| Para pensyarah bersama-sama pelajar..=) |
Tahniah dan syabas sekali lagi untuk pelajar yang telah bertungkus lumus mengadakan program Hi-Tea ini dan Good Luck untuk kesemua pelajar ukur bahan dari semester 1 hingga 6 untuk peperiksaan akhir pada bulan ini.Terima kasih kepada semua penyarah yang telah memberikan kami ilmu.Mudah-mudahan ilmu yang diberi diberkati Allah dan dapat permudahkan kami para pelajar untuk menjawab peperiksaan nanti..Amin...=)