Wednesday, December 7, 2011

Konvoi Amal - PART 4

Tarikh  :  22 NOvember 2011
Tempat : Rumah Anak Yatim, Kuala Lipis
Aktiviti  : Pembersihan Kawasan

 Sesat di Kuala Lipis....






Aplikasi Teknologi Binaan~~


Monday, December 5, 2011

Konvoi Amal - PART 3

Tarikh   :  21 November 2011
Tempat  :  Kampung Batu Kapur, Temerloh
Aktiviti  : Pembersihan Tanah Perkuburan


Dihidang makan tengahari - PATIN MASAK TEMPOYAK

Bersedia melakukan amal



Kehadiran...BOTAK(Juvana)




Sunday, December 4, 2011

Konvoi Amal - PART 2

Tarikh  :  21 November 2011 (Isnin)
Tempat  : Kampung Pamah,Maran
Aktiviti  :  Pemberian Barang
*Lain-lain gambar rujuk GALERI

Way to MARAN




SEBAHAGIAN PENERIMA SUMBANGAN




RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG


Konvoi Amal 2011 - PART 1

Tarikh  :  21 November 2011 (Isnin)
Tempat  :  Lobi UCSA
Acara  :  Perasmian Konvoi Amal
VIP  :   Pengarah Biro Tata Negeri Pahang
Antara pensyarah yang hadir memeriahkan majlis

Sebahagian peserta konvoi
Pengarah program,Liza Yusof
Perasmian oleh VIP-Pengarah Biro Tata Negeri Pahang

Pserta konvoi yang bersemangat!
Kibar bendera UCSA + Malaysia



Menerima arahan dan peringatan daripada Polis Pahang

Thursday, December 1, 2011

Makluman buat semua ahli Questra

Dibawah adalah tarikh-tarikh yang telah ditetapkan untuk perhatian anda:
  1. 5 Disember 2011 - pendaftaran pelajar baru
  2. 15 Disember 2011 - pendaftaran pelajar lama/taklimat
  3. 16 Disember 2011 - pendaftaran kursus bermula
  4. 19 Disember 2011 - kelas bermula
Jadi,pastikan anda merancang jadual anda sebaiknya!!!

Tuesday, November 29, 2011

Konvoi Amal di Sinar Harian

SINAR HARIAN - SELASA 29/11/2011
Mahasiswa jangan terpengaruh
Oleh : MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
Tarikh : November 28, 2011
Rompin
ROMPIN – Mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dinasihatkan mengamalkan fikiran terbuka apabila menerima, berbincang dan menilai sesuatu isu semasa supaya ia memberi manfaat yang sewajarnya.

Pegawai Khas Kanan Ahli Parlimen Rompin, Mashruddin Jarkasi berkata, mahasiswa hendaklah berfikiran rasional dan melihat fakta secara menyeluruh apabila berdepan isu tertentu, supaya pemikiran tidak mudah dipesongkan oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

“Setiap individu mempunyai pendapat berbeza, tetapi hendaklah menyatukan fikiran dalam isu tertentu yang membabitkan kepentingan bersama dan kesejahteraan negara.

“Kita tidak boleh dipengaruhi sentimen negatif hasil daripada hasu-tan pihak tertentu sehingga menyebabkan ada mahasiswa yang terikut-ikut dengan ideologi politik sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pelajar Kolej Shah Putra, Kuantan bersama Majlis Belia Daerah Rompin, di Rompin Beach Resort, di sini.

Mashruddin berkata, pada umumnya taraf pendidikan akademik dan kemahiran teknikal merupakan elemen penting dalam kehidupan rakyat di sesebuah negara, termasuklah di Malaysia.

Menurutnya, kerajaan juga sentiasa memberi tumpuan utama dalam bidang pendidikan agar rakyat dapat menikmati peluang pembelajaran yang seimbang bagi merubah taraf kehidupan.

“Oleh itu, kerajaan sentiasa sedar dan sanggup membelanjakan wang berjuta ringgit untuk memastikan rakyat di negara ini memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi dengan sempurna.

“Tambahan pula pendidikan akademik juga merupakan syarat utama mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan swasta di negara ini di samping penting bagi merubah kehidupan keluarga dan membantu mengembangkan kerjaya masa depan,” katanya.

Menurutnya lagi, ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang turut penting bagi mengangkat martabat diri, bangsa dan negara di samping membantu melahirkan pemimpin organisasi berkualiti, berintegriti dan berwibawa,” katanya.

SINAR HARIAN - JUMAAT 25/11/2011

Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah

Salam MAAL HIJRAH buat semua warga Questra. Semoga tahun baru ini dipenuhi dengan azam yang terbaik dalam memperbaiki diri. Semoga kita menjadi insan yang BAIK kepada yang LEBIH BAIK.

Friday, November 25, 2011

UPDATE :Tarikh Penting

Salam buat semua ahli Questra yang kini sibuk bercuti bersama keluarga tersayang. Semoga anda semua dapat menjaga kesihatan baik-baik sebab dibawah tarikh-tarikh penting untuk pengetahuan anda :                          
  • 15/12/2011 - Pendaftaran semula UTM (sila pastikan pendaftaran dibuat dilaman web seperti yang diberitahu oleh En Mazlan) 
  •  16/12/2011 - Perjumpaan semua pelajar DDQ bersama pensyarah dan AJK questra
  •   *perubahan tarikh akan dimaklumkan dari masa ke semasa 
  •     * buat semua AJK tertinggi Questra,satu perjumpaan akan diadakan pada 15/12/2011 pada sebelah petang. Harap maklum                                                                                                                                        .                                                                                                                           

Thursday, November 3, 2011

Annual Dinner @ De Rhu Beach Resort

    Bertarikh 18 Oktober 2011 yang lepas,Questra telah mengadakan Annual Dinner yang bertemakan Dinner@Seaside bertempat di De Rhu Beach Resort. Seramai 100 ahli Questra dan 7 orang pensyarah telah menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis makan malam tahunan ini.

Program ini telah diketuai oleh Pengarah Program,Saudari Farah Arjunaidi pelajar semester 2A dan dibantu oleh AJK yang telah dilantik. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pertukaran tempat iaitu dari tepi kolam ke dalam dewan akibat cuaca namun dinner ini masih dapat berjalan dengan lancar dengan adanya beberapa acara iaitu Kotak Beracun, Pertandingan Mr&Mrs of The Night, dan pelbagai lagi acara.


Ahli Questra dan pensyarah

Penyerahan tugas kepada MPP Questra yang baru

Mr&Mrs of The Night- tahniah Rif(sem 6) dan Faizal (sem 1)

Pelajar Semester 6 bersama Cik Suhaida

Pelajar Semester 3A & 3B

Junior Questra - Semester 1

Pelajar semester 2A bersama pensyarah

Bakal graduan Questra bersama pensyarah
Tahniah buat semua AJK Dinner @ Seaside 2011~~~~~